Sunday, 31 January 2016

Yang penting DOA.

Assalamualaikum.

Buat gapo tu? Dop buat gapo2. Makn tido makn tido. Sampai rasa hidup ni tak bermakna sbb duk tido je. Wake up puhlese. Kita yg mencorakkan harihari kita supaya berwarna warni. Jadi kenapa biarkan ianya kusam. Ececehh.

Tak terlambat kot EN nak ucapkan tahniah pada kgkawan yg dah konvo pada konvokesyen ke18 MSU. Walaupon takda org baca pon post ni. Jauh disudut hati EN I am proud of you guys. Tak sempat nak wish kat semua haritu. Dan minta maaf atas salah silap. Gonna miss u guys. And dont miss me haha.

Sebelum masuk Chancellor's hall


Actually dan sebenarnya, I am still in disbelief yg I got that degree. MBBS kot. Besar amanah. Rasa tak layak pon. Rasa belom layak. Emmm gitulah rasanya.

I am not a good medical student to begin with. Sebab tu rasa tak percaya. The 3 years as a MBBS student was tough for me. Berbanding masa 3 tahun sebagai pelajar BMS,ijazah pertama dulu.

Lain sesangat. Nak2 masa 4th year dan 5th year. Depressed gila. Memang susah nak belajar sebab my motivation tiba2 hilang. Rasa mcm berseorangan, it's a lonely journey. Masa tu la duk pikir, Kenapalah EN sambung MBBS. Rasa nak berenti, drop out dari course ni. Belajar pon acuh tak acuh. Fail lagi. Alhamdulillah tak sampai kena extend tahun. Seriously at that time, worst period ever.

Of course takda sapa yg tahu pon. Terpaksa hadap sorang2. Nak bagitau parent. No way takkan la kan. Kesian. Nak bagitau kawan2, taknak menyusahkan. Lecturer hmmm. Nak mengadu kat siapa pon tak tahu. ALLAH je yg tahu. Dan DIA yg tolong EN harung semua tu dulu. Alhamdulillah.

Tapi masa nak Tahun 5 tu,  Alhamdulillah ada kawan2 yg membantu. Dorang ajak buat study group. Masa tu la rasa macam jumpa balik my hope walaupon sikit.

Masa nak PRO 3 Exam tu la masa yg paling getir, memang all out habis. Kawan ajak join study group. You know who you are. Of cors rasa malu dan segan sbb tetiba join kan. Tapi demi ilmu dan kejayaan. Itu yg banyak membantu. Sebab tu EN appreciate gila dan terima kasih kat mereka. Walaupon tak tau nak sampaikan mcm mana. EN doakan kamu semua berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Dan DOA. Memang Doa habis-habisan time tu. Minta restu mak abah. Sebab EN tak percaya yg kita boleh berjaya atas usaha sendiri semata2. Doa memang senjata utk berjaya.

Jadi iktibarnya, jangan lah kita kat dunia rasa kita berseorangan. Allah ada. Kita ada ibu bapa keluarga kawan2. In sya Allah mereka akan tolong. Cuma kita kena minta tolong. Jangan rasa masalah boleh selesai dengan sendiri.

Kerja yg mulia dan hebat contohnya doktor memang memerlukan usaha yg hebat jugak. Jangan belajar sambil lewa sebab kita akan deal dgn manusia. Menjadi pelajar cemerlang masa sekolah tak bermaksud kita pelajar cemerlang di universiti. Sangat lain ye adik2.

Sebab di universiti ni kita bukan belajar utk diri kita saja tapi kita belajar utk serve atau berkhidmat utk org lain. Belajar ke arah alam pekerjaan berbeza jadi soft skill dan social skill sgt penting. Itu yg EN kurang. I admit it. And will try to improve.

Dan itulah jelah nak kongsi.

Annyeong.






No comments:

Post a Comment